Tuesday 7 February 2012

USAHAWAN KLASIK

 

Pelan induk francais

Oleh FAIRUS KASSIM
bisnes.utusan@gmail.com


PUTRAJAYA 11 Dis.– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), akan melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016 bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan francais di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah menjelang 2020.

Pelan induk lima tahun itu akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari ini dan pada masa yang sama beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan termasuk pendaftaran kesemua pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu berkenaan akan berkuatkuasa pada tarikh pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta Francais akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan.

Beliau berkata, akta sedia ada tidak mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga menyebabkan kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi semasa, masalah dan penipuan yang berlaku.

“Ketika ini, kerajaan hanya memiliki data francaisor sahaja. Maka data yang diperoleh tidak lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Pendaftaran semua pemain dalam industri ini membolehkan pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua maklumat tentang francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh semua pihak sebagai rujukan,” katanya dalam satu taklimat mengenai pelan induk itu di sini baru-baru ini.

Ismail Sabri berkata, di bawah peraturan baharu itu, kerajaan hanya mewajibkan francaisi mendaftar tetapi mereka tidak perlu memohon lesen seperti yang diwajibkan kepada francaisor dan perunding francais.

Katanya, definisi hubungan antara francaisor dan francaisi dalam peraturan baharu juga akan dikupas dengan lebih teliti agar semua pihak memahaminya.

Bagi membendung penipuan melibatkan perunding francais swasta yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan golongan berkenaan memohon lesen daripada KPDNKK dan hanya syarikat yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menawarkan khidmat kepada industri francais selepas penguatkuasaan dibuat, ujarnya.

“Apa yang berlaku sekarang adalah, banyak perunding francais ini mengeksploitasi francaisi dengan mengenakan bayaran yang tinggi dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak sempurna sehingga ramai usahawan tertipu serta mengalami kerugian besar.

“Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Selepas ini mereka (perunding) tidak lagi berpeluang mengaut keuntungan dengan mudah dan ini bakal menjadikan industri ini lebih mesra usahawan,” jelasnya.

Beliau berkata, peraturan dan akta baharu ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang besar terutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.

Pada Jun lalu, KPDNKK telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan Indonesia bagi mewujudkan ‘Laluan Hijau’ iaitu membolehkan perniagaan francais dapat merentasi sempadan kedua-negara dengan mudah.

Ismail Sabri berkata, keputusan mengenainya dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir tahun depan.

Selain itu, KPDNKK juga berusaha membantu lebih banyak francaisor tempatan menerokai pasaran China, Timur Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan negara-negara berkenaan sangat luas.

Ditanya tentang sasaran utama pelan induk berkenaan, Ismail Sabri berkata, kerajaan menetapkan tiga sasaran iaitu meningkatkan pendapatan meliputi usahawan dan negara, menambah bilangan pemain dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sumbangan industri francais kepada KDNK negara ketika ini hanya 2.2 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 4.6 peratus dalam pelan induk berkenaan,” jelasnya.

Sumber:

Kopi Kencang

Keluaran Kopi Kencang boleh didapati seperti dibawah;

 Kopi Kencang Papan 20 sachet (~20g e)














Kopi Kencang Pouch 20 sachet (~20g e)
                               
Kandungan:
  1. Kopi Arabica (Diimport dari Brazil & Vietnam)
  2. Krimer Bukan Tenusu (Krimer diperbuat daripada tumbuhan seperti soya)
  3. Beras Yis Merah (Nama saintifiknya "Monascus Purpureus"~Merupakan sejenis ulat merah yang hidup di atas induk berkanji seperti beras)
  4. Gula
  5. Ekstrak Tongkat Ali
  6. Serat Oat


Khasiat: 

  • Kurang kandungan kafein, ditanam di tanah tinggi pada paras 2000 kaki dari aras laut. Kualiti kopi akan lebih bermutu dan tinggi khasiat sekiranya ditanam pada paras melebihi 2000 kaki dari aras laut.
  • Mengandungi anti-oksidan yang tinggi sebagai agen menentang radikal bebas.
  • Bebas dari kolesterol.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Berperanan dalam menyembuhkan masalah kolesterol dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah, membantu sistem pencernaan, meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) dan meningkat dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
  • Meningkatkan Libido lelaki dan perempuan.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Menjadi penawar demam malaria. 
  • Meningkatkan ketahanan badan.
  • Menjaga kesihatan jantung dengan fungsinya yang menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol jahat. 
  • Merangsang pertumbuhan bakteria baik untuk menjamin kesihatan usus bagi mengelakkan sembelit.
  • Tidak mengandungi acetate - bahaya penggunaan acetate di dalam makanan boleh menyebabkan pengecutan organ dalam badan dan untuk kesan jangka masa panjang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang.

 

 

 

 

KURSUS PEMBUKAAN PRA-FRANCAIS-Usahawan Klasik

BERSEDIA..!

Kursus kali ke-7 yang akan diadakan di Ibu Pejabat ini dijangka akan di hadiri lebih daripada 40 orang peserta Francais. Sesuatu yang amat membanggakan apabila jualan meningkat dan terus meningkat. Penglibatan peserta dalam keusahawanan francais COFFEE CLASSIC adalah disebabkan sistem yang telah dikenal pasti mendatangkan keuntungan lumayan.

Bagi usahawan yang memohon untuk terlibat dalam FRANCAIS MINI CAFE dan CAFE, latihan dan kursus akan diberitahu kemudian. Untuk cafe dan mini cafe, permohonan telah dibuka BERMULA 01/01/2012 di seluruh negara.

KURSUS PRA PEMBUKAAN  FRANCAIS (Usahawan Klasik) Ke-7.

Tarikh          : 13 dan 14 Februari, 2012 (Isnin dan Selasa).
Tempat        : Ibu Pejabat, COFFEE CLASSIC.
Keperluan    : 1 Francaisi,  2 jurujual.

JADUAL KURSUS PRA FRANCAISI USAHAAN KLASIK:
(Pusat Latihan, Ibu Pejabat COFFEE CLASSIC, KL)


PELUANG PERNIAGAAN TRADING (PRA-FRANCAIS 2012)

Pakej: USAHAWAN KLASIK COFFEE CLASSIC

"USAHAWAN KLASIK" adalah peringkat awal peserta untuk menjadi dan memiliki perniagaan FRANCAIS dan juga pada PESERTA yang tidak mepunyai MODAL yang mencukupi untuk menjadi dan memiliki FRANCAIS. Usahawan Klasik hendaklah mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat COFFEE CLASSIC (M) SDN BHD.

Syarat-syarat UTAMA:

1. Mengisi borang permohonan Usahawan Klasik.
2. Mengikuti SEMINAR Usahawan Klasik selma 2H1M, seramai 4 orang, di Kuala Lumpur.
3. Hak kewilayan mengikut PARLIMEN atau DUN.
4. Pembelian awal sebayak 500 papan kopi KENCANG.
5. Melepasi KUOTA MINIMUM jualan bulan sebanyak RM10,000.00 (720 unit/ papan kopi).

TAWARAN INI DIBUKA BERMULA 13/01/2012.
YURAN FRANCAIS RM30,000.00 DIKECUALIKAN!
SILA DATANG KE IBU PEJABAT-DAN BUAT PERMOHONAN ANDA.

PILIH HAK KEWILAYAHAN ANDA, DAN MULAKAN PERNIAGAAN ANDA..!!

Hubungi: Sha 0361892622 (Ibu Pejabat)

No comments:

Post a Comment