Saturday 18 February 2012



 PEMBANGUNAN FRANCAIS DI MALAYSIA
Apa itu Francais?
Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Antara kebaikan menjadi francaisor:
- Berpeluang meluaskan perniagaan menggunakan modal pihak lain (francaisi);
- Perluasan pasaran dengan cepat dan berkesan;
- Perluasan pengaruh dan liputan jenama/produk francais tanpa perlu menguruskan perniagaan secara langsung.

 Antara kebaikan menjadi francaisi:
- Risiko lebih rendah berbanding perniagaan konvensional – jenama dan reputasi perniagaan yang dikenali ramai, sistem operasi yang teratur dan pemantauan berterusan oleh francaisor;
- Terdapat manual operasi dan manual latihan yang lengkap – learning curve yang cepat di pihak francaisi;
- Berpeluang memperniagakan produk yang sudah terkenal dan terbukti kejayaannya
- Francaisi mendapat khidmat sokongan dari pihak francaisor - pemilihan lokasi, pengurusan perniagaan dan pengurusan outlet francais secara berterusan;
- Faedah daripada economies of scale.

 Program-program Pembangunan Francais yang Ditawarkan Oleh Kerajaan

1. Program Pembangunan Francais (PPF)
Program Pembangunan Francais (PPF) adalah saluran bagi usahawan-usahawan francais, khususnya francaisor untuk mendapatkan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam usaha membangunkan industri francais sebagai salah satu industri yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.





Faedah
Antara insentif yang ditawarkan di bawah PPF termasuklah:
1. Kelayakan bagi mendapatkan geran bagi pembangunan sistem francais melalui Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF)*;
 (*Tertakluk kepada terma dan syarat)
2. Peluang menyertai aktiviti promosi francais anjuran KPDNKK dan agensi.

No comments:

Post a Comment